Wednesday, April 1, 2009

Refleksiku

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21.

Bismillah
Transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 ialah kesediaan guru dalam mempelajari kemahiran abad 21. Ini merupakan satu perkara yang sangat penting kerana titik permulaan untuk memastikan hasrat negara tersebut dapat dicapai. Tiada gunanya sesuatu yang hanya dirancang tetapi ianya hebat di atas kertas semata-mata tanpa kesediaan pihak yang terlibat melakukannya. Langkah pertama adalah memastikan kesediaan guru dalam menjayakannya. Dalam ajaran Islam, amat dititik beratkan kesediaan dalam melakukan sesuatu, bukannya dilakukan secara sambil lewa. Satu contoh mudah, kebanyakkan dalam menunaikan ibadah, Islam menetapkan niat sebagai satu perkara yang wajib sebelum melakukan sesuatu ibadat. Jadi disini jelas kesediaan itu sebagai asas dalam melakukan sesuatu sebelum pergi ke peringkat yang seterusnya.
Wallahua’lam

Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?


Bismillah
Hah, setelah menjawab refleksi1 terbuktilah kesediaan guru itu penting. Baiklah terus kepada persoalan apakah langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah. Perlu diingatkan bahawa guru-guru yang berada disekolah Bestari adalah guru yang terpilih, maknanya bukan calang-calang guru yang layak berada di sekolah bestari melainkan guru yang pakar dan mahir bukan sahaja dalam bidang masing-masing bahkan bidang ICT. Ini kerana sekolah Bestari, sekolah yang serba lengkap dan terkehadapan selangkah dari sekolah kebangsaan biasa, kelengkapan ICT sudah tentu mencukupi dan guru akan yang akan ditempatkan juga guru yang mahir dalam bidang ICT. Tidak mengapa jika masih lagi guru-guru tersebut masih lagi belum berbudayakan ICT dan manfaatkan perkakasan ICT dengan sebaiknya, saya akan membuat satu penerangan tentang kelebihan ICT dalam P&P. Ianya dapat disampaikan melalui banyak saluran, antaranya melalui slot motivasi guru, minggu ICT dan jika tidak keberatan diadakan anugerah “Guru ICT” dalam membudayakan penggunaan ICT di sekolah tersebut. Selain itu, saya sendiri mestilah sentiasa memberi pertolongan serta tunjuk ajar kepada guru-guru yang inginkan nasihat dan pertolongan agar mereka dapat merasakan ianya tidak rumit dalam menguruskannya.
Wallahua’lam.

Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC).

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Bismillah
Ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya? Entah lah, saya hanya seorang biasa dan tidak hebat orangnya. Erm, satu aje kelebihanku, cepat memahami ICT, mungkin itu yang menyebabkan saya dapat mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian.
Wallahua’lam.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Bismillah
Senang aje, sediakan bahan-bahan kepada belajar tentang ICT . Itu sudah memadai.
Wallahua’lam.


3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Bismillah
Mengajar murid supaya mampu belajar dengan ICT.
Wallahua’lam.


Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut.


1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?.

Bismillah
Erm, ianya satu perkara biasa.
Wallahua’lam.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Bismillah
Ini bergantung kepada kemudahan ICT yang terdapat pada sekolah yang akan saya menjalani praktikum nanti. Jika kemudahan ICT ada, dapat membantu dan jika tiada sebaliknya lah.
Wallahua’lam.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan) Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Bismillah
Jika itu soalannya maka jawapan saya TIDAK. Mengapa? Tidak perlu sakit-sakitkan kepala untuk fikir cara yang lain. Hi hi, gurau aje, kaedah bintang ini sesuai kerana melambangkan sesuatu perkara itu bertaraf baik, sempurna, cemerlang dan lain-lain. Ianya juga sering digunakan dalam penilaian sesuatu yang abstrak. Tidak percaya? Tengoklah rancangan realiti banyak-banyak ye.
Wallahua’lam.

Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?


Bismillah
YA pun tidak, TIDAK pun tidak. Carilah pengalaman dalam pengajaran Multimedia dalam Pendidikan Islam. Itulah yang terbaik.
Wallahua’lam.

Thursday, March 12, 2009

Titik pertemuan

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua...